fbpx

Trak pikap ‘hari kiamat’ kalis bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeep Hellfire direka berdaya tahan untuk menghadapi bencana kemusnahan alam. – Jeep

TALLAHASSEE, FLORIDA – Sebuah syarikat pengeluar kenderaan bencana di Florida mengubah suai trak pikap Jeep Gladiator menjadi ‘kereta kebal’ enam tayar yang didakwa boleh digunakan ketika dunia hampir kiamat, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Jeep Hellfire berharga AS$189,930 (RM889,347) itu mempunyai bampar hadapan dan belakang diperbuat daripada keluli tebal yang sesuai untuk bertahan dalam keadaan sukar.

Ia boleh memecut sehingga kelajuan 96 kilometer sejam dalam masa 3.7 saat.

Menurut syarikat Apocalypse Manufacturing, model kenderaan Gladiator kebiasaannya berukuran 5.4 meter panjang. Namun, Hellfire direka sehingga mencapai 6 meter panjang.

Kenderaan itu juga dilengkapi dengan kamera inframerah 360 darjah dan lampu depan LED output tinggi. 

“Kesemua ciri itu menjadikan kenderaan tersebut sebagai pilihan tepat untuk pemiliknya melarikan diri daripada zombi atau apa-apa sahaja bencana hari kiamat,” tulis The Sun UK. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI