fbpx

Pemuzik mengamuk patahkan palang automatik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Gara-gara dihalang pengawal keselamatan untuk masuk ke dalam kediaman akibat tidak melunaskan bayaran penyelenggaraan, seorang pemuzik ditahan selepas mematahkan palang automatik di sebuah kondominium di daerah ini, kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.35 tengah hari itu dilaporkan oleh seorang eksekutif, 36, pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan lelaki yang berusia 55 tahun berkenaan suspek memintanya membuka pintu pagar automatik untuk masuk ke dalam kondominium.

“Bagaimanapun, pengawal keselamatan tidak membenarkannya untuk meletak kenderaan dalam kawasan kondominium kerana terdapat tunggakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM6,448.

“Suspek kemudian bertindak mematahkan palang pintu pagar automatik dan terus masuk. Syarikat pengadu mengalami anggaran kerugian RM1,500 akibat kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan bekerja sebagai pemuzik di pekarangan Balai Polis Pandan Indah pada pukul 8.50 malam.

“Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI