fbpx

Pas Mutiara MY50 kekal percuma tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh Pulau Pinang dengan penggunaan Pas Mutiara, tahun depan. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan pembiayaan Pas Mutiara tahun depan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7.5 juta susulan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan Pas Mutiara.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan yang membiayai sepenuhnya kos pengangkutan awam melalui penajaan Pas Mutiara.

“Ia bagi menggalakkan rakyat untuk menukar mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian ke pengangkutan awam serta mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, program penajaan Pas Perjalanan Tanpa Had atau lebih dikenali sebagai Pas Mutiara bermula sejak 1 Mac 2021.

”Memasuki tahun keempat penajaan ini diteruskan, sebanyak RM16.5 juta telah diperuntukkan sepanjang tempoh tiga tahun (1 Mac 2021 hingga 31 Disember 2023) khusus untuk pembiayaan Pas Mutiara.

“Secara tidak langsung, dengan penajaan langganan Pas Mutiara My50 ini juga, pengguna bakal meraih penjimatan kos seperti petrol, parkir dan tol yang jauh lebih tinggi setiap bulan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI