fbpx

Gudang sorok 6,000 liter diesel diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah gudang di Jalan Kampung Baru, Padang Temusu dekat Sungai Petani awal pagi kelmarin kerana disyaki menyeleweng diesel. Foto IHSAN PDRM

SUNGAI PETANI – Polis menyerbu sebuah gudang di Jalan Kampung Baru, Padang Temusu, di sini kelmarin kerana disyaki menyeleweng 6,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM14,400.

Serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi itu dilakukan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan dibantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sungai Petani.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, serbuan menemui sebuah tangki berisi diesel yang dipercayai diseleweng di dalam premis tersebut.

“Dua lelaki yang berada di dalam premis itu sempat melarikan diri dengan memecah pagar zink di bahagian belakang gudung sebaik menyedari kehadiran pihak kita,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, turut dirampas ialah sebuah lori jenama Mitsubishi selain peralatan lain antaranya motor pam, pam sedut minyak dan sebuah tangki dianggarkan bernilai RM50,900.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui pemilik premis dan pengendali stor minyak haram berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI