fbpx

Cemburu punca pemuda tetak wanita sampai mati, terjun Jabatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Usuf (gambar kecil) berkata, pihaknya mensyaki kes pemuda tetak teman wanita sampai mati berkait dengan cemburu.

GEORGE TOWN – Cemburu dipercayai menjadi punca seorang pemuda berusia 29 tahun menetak mati seorang wanita yang dikenalinya dengan menggunakan parang sehingga mangsa mati di kawasan Jalan Raja Uda, Butterworth, semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, suspek kes berkenaan direman tujuh hari bermula 20 sehingga 26 Disember ini dan sedang menerima rawatan di hospital.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan motif kejadian dipercayai berpunca daripada cemburu. Suspek juga saling mengenali antara satu sama lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, seorang pemuda terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Kilometer 3.4, semalam selepas menetak mati seorang wanita berusia 42 tahun di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Suspek berusia 29 itu bagaimanapun diselamatkan nelayan dan kemudiannya ditahan Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK).

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan kes seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan pisau oleh suspek lelaki di Jalan Perak pada 5 Disember lalu, beliau berkata, polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI