fbpx

Banjir India: 3 maut, 800 terperangkap dalam kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan mengemudi bot ketika memindahkan penduduk dari kawasan banjir di Chennai berikutan hujan lebat selepas dibadai Taufan Michaung. - AFP

NEW DELHI – Beberapa daerah di negeri Tamil Nadu, selatan India terjejas selepas dibadai Taufan Michaung pada Isnin lepas dengan Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan bahawa hujan akan berterusan selama tiga hari lagi, lapor laman berita Wion News. 

Hujan lebat melanda empat daerah di selatan negeri itu terutamanya Tirunelveli dan Tuticorin di mana tiga angkatan tentera India bergabung dengan kerajaan negeri Tamil Nadu dalam operasi menyelamat. 

Sekurang-kurangnya tiga kematian direkodkan di daerah Tirunelveli. Dalam kejadian berasingan, kira-kira 800 penumpang kereta api dilaporkan terkandas di daerah Thoothukudi akibat banjir, kata seorang pegawai pada Isnin lalu.

Helikopter Tentera Udara India dari Pangkalan Udara Sulur dikerah untuk menangani ‘situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini’. 

Hujan dilaporkan terlalu lebat sehingga beberapa kawasan di negeri itu menerima taburan hujan 95 sentimeter dalam masa kurang 24 jam.

IMD kelmarin meramalkan fenomena hujan sangat lebat di negeri Tamil Nadu dan Kerala berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang. 

Disebabkan hujan lebat, kawasan takungan air utama di kedua-dua negeri selatan itu berisiko melimpah. 

Kawasan takungan Pechiparai dan Perunchani di Kanyakumari menerima aliran masuk air yang baik, menjadikan paras simpanan masing-masing kepada 91.77 peratus dan 94.70 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`