fbpx

82 motosikal disita ubah suai brek belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82 buah motosikal disita atas kesalahan mengubah suai dalam Op Khas Motosikal dan Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar ibu negara, sejak minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengeluarkan sebanyak 625 saman manakala 247 buah motosikal disita.

“Daripada jumlah sitaan tersebut, sebanyak 82 buah motosikal disita atas kesalahan mengubah suai motosikal dengan menanggalkan komponen brek belakang yang menjadi trend
terkini golongan remaja,” katanya ketika Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas semua pengguna kenderaan dan memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya golongan remaja dalam mematuhi undang-undang jalan raya.

Tambah beliau, JSPT menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dengan penyelesaian kertas siasatan semasa sebanyak 90 peratus bagi tempoh Januari sehingga November ini.

“Pertuduhan kertas siasatan semasa adalah sebanyak 85 peratus bagi tempoh yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pertambahan kenderaan telah menyebabkan aliran trafik mulai sesak berikutan cuti sekolah mulai 15 Disember sehingga 1 Januari tahun hadapan.

“Ia menjadi tanggungjawab JSPT untuk mengatur gerak pegawai dan anggota trafik bagi memastikan kelancaran serta aliran trafik yang baik di kawasan ibu kota,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI