fbpx

3 kilang cat di Batu Caves terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tiga buah kilang di Batu Caves, yang terbakar pagi tadi.

GOMBAK – Sebanyak tiga buah kilang di Jalan Perusahaan 2, Kawasan Perusahaan Batu Caves, dilaporkan terbakar, di sini, hari ini.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Kanan Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.49 pagi tadi.

“Seramai 54 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang, Damansara, Sungai Buloh, Pandan Indah, Hang Tuah, Ampang dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan tiga buah kilang yang mana kilang cat terbakar 90 peratus sementara kilang alat ganti dan kilang pembungkusan masing-masing terbakar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kebakaran di lokasi kejadian dapat dikawal kira-kira pukul 1.07 tengah hari.

“Seorang lelaki berusia 50an difahamkan melecur pada tangan akibat kebakaran terbabit,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI