fbpx

Rakyat Malaysia perlu elak permusuhan kaum, agama – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Jepun.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia perlu menghindari serta menoktahkan permusuhan kaum dan agama walau di mana mereka berada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu membebaskan diri daripada perkara yang menjejaskan perpaduan.

“Sewaktu menyantuni diaspora Malaysia di Tokyo dalam sesi santai minum petang semalam, saya singgung keperluan untuk mengubah minda dan membebaskan diri daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.

“Tidak kira di mana rakyat Malaysia berada, permusuhan kaum dan agama perlu dihindari mahupun dinoktahkan bagi memperkukuh hubungan kita semua dalam membina sebuah negara maju,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI