fbpx

Hujan lebat, Selatan Semenanjung dan Sabah susulan ribut tropika Jelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut tropika Jelawat yang kini berada di Filipina diramal juga boleh menyebabkan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan sekitar selatan Semenanjung selain Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan negeri Pahang (Rompin) dan Johor (Keluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) telah dikeluarkan dan ia dikuat kuasa sehingga 23 Disember 2023.

“Di Sabah (Kudat dan Sandakan), ia diramal akan berterusan sehingga lewat malam ini. Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan dan ia berkuat kuasa sehingga 23 Disember 2023.

“Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan yang dikeluarkan amaran dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya penduduk yang duduk di kawasan rendah dan tempat yang kerap banjir,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia mengeluarkan laporan keadaan hujan lebat sedang berlaku untuk kebanyakan tempat di persisiran pantai seperti di Pahang dan di timur Johor.

“Negeri lain di Semenanjung pula dilihat mengalami cuaca cerah pada pagi ini manakala bagi Sabah, hujan lebat turut dilihat sedang berlaku sekitar bahagian Sandakan dan Kudat seperti yang diramal,” katanya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir juga dilihat sedang berlaku di beberapa bahagian di Sarawak melibatkan kawasan Bintulu, Kuching, Sibu serta bahagian pendalaman dan ia diramal akan beransur reda menjelang tengah hari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI