fbpx

Bergegas balik dari China selepas tahu tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan tanah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 Taman Wawasan, Puchong. – IHSAN JKR

SERDANG – ‘Saya bergegas balik dari China selepas dapat panggilan daripada bomba.”

Demikian kata-kata seorang penduduk Lai Seong Yi, 48, salah seorang mangsa yang diarahkan berpindah selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/24, Taman Wawasan, Puchong dekat sini.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di luar negara atas urusan perniagaan dan tiada siapa di rumahnya namun kereta miliknya terjatuh dalam runtuhan itu.

“Semasa kejadian itu berlaku, saya berada di China. Saya terus balik ke Malaysia selepas dimaklumkan oleh pihak bomba berkenaan kejadian ini.

“Kereta saya dapat dikeluarkan dan tiada kerosakan yang teruk berlaku. Buat sementara waktu ini saya menumpang di rumah kawan sementara menunggu jalan dibetulkan,” katanya yang telah 30 tahun tinggal di situ.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang Sabtu lalu, nyawa 50 penduduk hampir melayang apabila kediaman yang didiami lebih 23 tahun lalu tiba-tiba berlaku tanah runtuh hingga ‘menelan’ jalan dan membentuk gaung di depan pintu rumah masing-masing.

Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat. Rata-rata penduduk mengatakan IA kejadian pertama sejak kediaman itu dihuni pada tahun 2020.

Sementara itu, penduduk di Taman berkenaan mendakwa longkang-longkang sekitar perumahan berkenaan tidak diselenggara dengan baik.

Penduduk dikenali Seow, 59, berkata, kejadian runtuhan cerun sehingga membentuk gaung di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/24 di sini menimbulkan kebimbangan kepada mereka.

“Tidak ada pihak yang selenggara longkang dengan baik. Jika ada petugas pembersihan pun mereka hanya sapu daun-daun kering ke dalam longkang begitu sahaja.

“Kami pernah minta mereka tebang pokok-pokok yang mana sudah terlalu besar, longkang-longkang juga kami minta mereka kaut daun-daun kerana bimbang longkang tersumbat atau air bertakung tetapi tiada tindakan diambil,” dakwanya di sini semalam.

Para penduduk yang terjejas mengambil dokumen penting selepas diarah berpindah atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong semalam. – FARIZ RUSADIO

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, proses pemasangan cerucuk besi sedang giat dijalankan dengan 46 cerucuk sudah dipasang kelmarin mankala enam lagi semalam.

Berita berkaitan: ‘Terkejut buka pintu nampak gaung’

Bagaimanapun katanya, pemasangan semua cerucuk besi dianggarkan mengambil masa selama dua minggu bergantung kepada cuaca.

“Tiada pergerakan tanah signifikan dikesan di kawasan tanah runtuh dua hari selepas kejadian tersebut berlaku.

“Ketika ini terdapat beberapa takungan air di bahagian bawah runtuhan tanah serta sedikit pergerakan pada pokok-pokok serta jalan tar di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, lapan individu yang sebelum ini tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) telah berpindah ke rumah saudara mereka.

Tambahnya, ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains menggunakan dron untuk memantau keadaan tanah serta retakan pada kediaman-kediaman yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI