fbpx

Bantu OKU tingkat pendapatan julang Nur Raudhatul Jannah dinobat ikon Siswa Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ menyampaikan Anugerah Menteri Besar Johor Ikon Siswa Johor 2023 kepada Nur Raudhatul Jannah (tengah) sempena Anugerah Ikon Siswa Johor 2023 di Hotel New York Johor Bahru malam semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat, Nur Raudhatul Jannah Abdul Rahman, 23, dedikasikan kejayaan menerima Anugerah Menteri Besar Johor – Ikon Siswa Johor, malam tadi kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu cukup terharu apabila turut mendapat Anugerah Siswa Johor Terbaik Kepimpinan dan merasakan segala penat lelahnya sepanjang lima tahun bergelar mahasiswa terbalas.

“Sejujurnya, saya tidak sangka dapat dua anugerah malam ini, pengorbanan daripada lima tahun dahulu akhirnya tercapai juga. Saya anggap ini adalah buah tangan terakhir saya sebagai seorang mahasiswa untuk dedikasikan kepada ibu dan ayah.

“Apa yang saya boleh kongsikan, akademik adalah penting dan saya percaya jika kita dahulukan akademik, perkara lain yang kita minat untuk ceburi menjadi mudah.

“Saya mahu buktikan pada mahasiswa lain bahawa pembahagian masa itu penting antara akademik dan aktiviti kurikulum yang kita lakukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ) 2023 di Hotel New York, di sini malam semalam.

Nur Raudhatul Jannah meraikan malam itu bersama ibu dan bapanya, Rogayah Nanban, 55 dan Abdul Rahman Jaafar, 61, setelah menerima dua anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Presiden Gerakan Mahasiswa Anak Johor (Germaj) UiTM cawangan Segamat itu turut terlibat dalam projek Duta Mahasiswa Johor di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menerusi projek kosmetologi berkenaan spa dan sauna di universiti itu selain berkolaborasi dengan golongan orang kurang upaya (OKU) di beberapa Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar Segamat.

Projek ini telah berjaya melahirkan golongan OKU yang mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak RM200 sehari melalui projek mobiliti rawatan kecantikan spa dan sauna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI