fbpx

Tiada halangan tulis ‘Merry Christmas’ pada kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman sosial Jakim hari ini.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menegaskan tiada halangan bagi premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menerima permintaan pelanggan menulis sebarang ucapan perayaan pada tempahan kek atau seumpamanya.

Menurut Jakim dalam kenyataan di Facebook, isu tersebut merupakan isu yang berbangkit dan pernah dijawab oleh pihaknya pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

“Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek berikutan Memorandum dari sebuah syarikat bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk ‘Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes’.

“Demikian itu, sekali lagi pihak kami ingin memaklumkan bahawa tiada halangan bagi premis pemegang SPHM untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya,” katanya

Terdahulu, tular satu memo bertarikh 14 Disember 2023 dari sebuah kedai roti yang ditandatangani oleh pengurus operasinya mendakwa wujud larangan berkenaan dan pihaknya terpaksa patuh bagi mematuhi serta memenuhi keperluan pensijilan halal oleh Jakim.

Justeru itu, pihak Jakim menasihatkan semua pemegang SPHM untuk merujuk kepada Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri atau Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI