fbpx

Hujan lebat di Kelantan, Terengganu petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak sehingga pukul 5 petang nanti.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan berisiko adalah di Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

“Di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan serta Johor di Segamat, Batu Pahat dan Pontian,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk tersebut juga diramal di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit, Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI