fbpx

Baru sehari berkahwin, pengantin lelaki maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Usia perkahwinan sepasang suami isteri hanya bertahan selama sehari selepas seorang daripada mereka maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bernam, Tanjong Karang, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika Allahyarham Norsyam Nassullah Rahim, 23, dalam perjalanan pulang selepas mengambil baju pengantin bagi majlis persandingan di sebelah keluarga lelaki yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada hujung bulan ini.

Tragedi pukul 10 malam itu turut mengakibatkan isterinya, Aini Hayati Mohd. Radzi, 22, patah kaki kiri, manakala enam mangsa lain cedera dan seorang lagi parah.

Abang sulung kepada Aini, Muhammad Aiman, 25, berkata, pasangan pengantin itu baru sahaja melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, di sini, kelmarin.

“Adik saya (Aini) dan arwah kemudian pergi ke Kuala Lumpur untuk memulangkan baju pengantin dan mengambil pakaian baharu bagi persandingan sebelah keluarga lelaki petang semalam (Ahad).

“Namun, saya terkejut apabila dihubungi rakan adik memaklumkan berita kemalangan itu pukul 10.35 malam tadi,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Tersusun, Bagan Sungai Burung di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 minit malam tadi, kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI