fbpx

Bank Rakyat tawar penuhi impian 10 pelanggan bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Rakyat menerusi program Bank Rakyat Penuhi Impian 2024 mencari 10 pelanggan bertuah untuk merealisasikan hasrat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, penganjuran kali kedua ini berikutan sambutan yang menggalakan pada tahun lalu dan kini pihaknya membuka peluang kepada kesemua pelanggan Bank Rakyat untuk capai impian mereka.

Program yang berlangsung bermula 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024 adalah sebagai tanda Bank Rakyat menghargai keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Menurut Mohammad Hanis, program tersebut diperkenalkan semula dengan objektif bagi mencetuskan semangat masyarakat agar terus berusaha menjadikan impian dan harapan sebagai satu realiti terutama dalam menempuh tahun baharu yang bakal tiba.

Beliau juga berpendapat, bahawa inisiatif ini yang juga bermatlamat untuk memberi anjakan kepada kesejahteraan masyarakat adalah amat bertepatan dengan konsep Malaysia Madanu dari aspek keseimbangan serta kemajuan ekonomi.

“Program kali ini membuka peluang lebih besar kepada pelanggan yang melanggan pembiayaan Bank Rakyat termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pajak Gadai-i, Kad Kredit-i, Pembiayaan Mikro-i, Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i, Akaun Pelaburan-i dan Takaful.

“Kempen sebelum ini telah merealisasikan impian pelanggan termasuk mendapatkan rawatan pembedahan mata, menerima rawatan IVF, membawa ibu bapa menunaikan umrah, kemudahan sesi pembelajaran di sekolah serta mengembangkan perniagaan mereka.

“Pelanggan yang berminat boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik impian yang ingin mereka kecapi ke media sosial dengan meletakkan tanda pagar #BankRakyatPenuhiImpian2024 di bahagian kapsyen sepanjang tempoh program berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, pelanggan juga boleh kongsikan impian mereka ke alamat e-mel [email protected] atau menerusi penghantaran borang di cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.

Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.bankrakyat.com.my dan media sosial rasmi @mybankrakyat atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 serta berkunjung ke cawangan yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI