fbpx

Norza kekal terajui BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA akan terus menggalas jawatan sebagai Presiden BAM sehingga penggal perkhidmatannya berakhir pada 2025.

BAGI memastikan program Road To Goal (RTG) berjalan lancar, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengambil tanggungjawab untuk terus memegang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sehingga tamat penggal 2025.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap Norza mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan No. 1 badan induk tersebut pada hujung bulan ini kerana negara mempunyai misi besar memburu emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah kerana sokongan dan meminta untuk saya kekal sebagai Presiden BAM. Selepas mengambil kira pelbagai faktor secara berhati-hati serta perbincangan dengan ahli Majlis BAM, saya putuskan untuk kekal sebagai presiden.

“Keputusan ini dibuat terutama selepas berkongsi komitmen pada fasa kritikal dan jelas fokus kepada perburuan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

“Berkenaan tempoh masa saya memegang jawatan ini, ahli majlis tidak mahu saya nyatakan bila tempoh perkhidmatan saya akan tamat. Seperti yang anda tahu, tempoh perkhidmatan saya adalah sehingga 2025, jadi kami akan biarkan ia seperti sedia ada.

“Apabila membuat pengumuman (letak jawatan), perkara akan tertumpu kepada peralihan jawatan tersebut dan bukanlah prestasi. Kita tak mahu tumpuan beralih luar fokus sebenar, politik kita nak ketepikan.

“Kami akan menangguhkan soal penggantian itu untuk sementara sehingga sesuai untuk dibincangkan semula,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Keempat BAM bagi tahun 2023 semalam.

Sebelum ini, BAM pernah mengumumkan yang ahli majlis badan induk itu juga sebulat suara bersetuju menamakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden baharu dan tarikh sebenar pelantikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat majlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI