fbpx

Mahkamah: Empat sekawan rogol budak 12 tahun dipenjara 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat tertuduh dihukum penjara 16 tahun atas kesalahan merogol berkumpulan seorang budak perempuan 12 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah empat sekawan merogol berkumpulan seorang budak perempuan berusia 12 tahun pada tiga tahun lalu berbalas apabila mereka dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh iaitu Muhammad Farizal Fauzi, 20, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 24, Muhammad Ghardafi Abdullah, 23, dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 26.

Beliau memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara pukul 9 sehingga 11 malam, 29 September 2020.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa sekumpulan lelaki di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Ketengah Jaya.

Sebelum kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal untuk mengambil ibunya yang berniaga di sebuah pasar malam telah dihimpit sebuah motosikal dinaiki dua daripada tertuduh.

Kemudian, suspek bertindak membawa mangsa ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogolnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI