fbpx

Komando, RAMD bantu cari veteran hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR terdiri daripada anggota polis dan tentera dilihat merandok air Sungai Mengkibol untuk membuat penggeledahan bagi mengesan kemungkinan mangsa tersangkut di dasar selepas dipercayai terjatuh dalam longkang sebelum hilang sehingga hari ini.

KLUANG – Seramai tiga orang pegawai bersama 27 anggota daripada Rejimen Gerup Gerak Khas (RGGK) Kem Iskandar di Mersing serta Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Batu 3, Kluang hadir menyalurkan bantuan mencari dan menyelamat seorang veteran Komando yang dilaporkan hilang sejak Khamis, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, turut didatangkan untuk membantu pencarian adalah seekor anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

Katanya, berikutan itu, jumlah pasukan mencari dan menyelamat kini bertambah kepada 148 pegawai dan anggota pada hari ke tiga operasi dijalankan berbanding 80 pada hari kedua semalam.

“Cuaca cerah dan air sungai yang sudah cetek memudahkan pasukan penyelamat melakukan pencarian di dasar sungai dengan cara merandok dan mengeledah dari tempat bermula kejadian hingga ke kawasan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang sepanjang kira-kira enam kilometer.

“Pencarian juga menggunakan kaedah menyelam ditempat-tempat dalam oleh Unit Skuba daripada RGGK dan JBPM bagi mengesan kemungkinan tersangkut di dasar sungai,” katanya ketika ditemui di PKTK Kampung Palembang di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, pencarian bermula pukul 9 pagi tadi akan disambung ke bahagian sebelah bawah PKTK sebaik penggeledahan selesai dibahagian atas tengah hari, hari ini.

Ujarnya, dengan penambahan kekuatan anggota dan pencarian secara aggresif ini diharapkan dapat menemui mangsa, Ab Manan Keri, 74, yang dilaporkan hilang selepas menghadiri majlis Jamuan Teh bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dataran Tasek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI