fbpx

Lelaki parah dibelasah dalam pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan memaparkan seorang lelaki dipukul hingga cedera parah di Taman Lian Seng, Kluang pada hari Jumaat lalu.

KLUANG – Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata berbahaya di Taman Lian Seng, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 9.30 malam hari kejadian.

“Susulan kejadian itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Balai Polis Simpang Renggam telah membuat tangkapan tiga suspek, kira-kira pukul 1.15 pagi semalam.

“Kesemua suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di Jalan Ladang Nenas Simpang Renggam dan kawasan Iskandar Puteri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, siasatan awal mendapati senjata tumpul seperti besi dan alatan bengkel motosikal digunakan suspek.

Katanya, mangsa berusia 30-an mengalami luka di seluruh badan, retak dagu, pergelangan kaki kanan dan masih dirawat di hospital.

“Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Polis masih mengesan beberapa suspek yang masih bebas terbabit dalam pergaduhan itu,” katanya.

Sebelum itu tular beberapa video memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu yang dilihat memukul seorang lelaki di percayai di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI