fbpx

Warga emas maut kereta dipandu bertembung van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Renggam melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63.5 Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam petang tadi.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di Kilometer 63.5 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.05 petang melibatkan Lai Jwon Seng, 64, yang memandu kereta Produa Axia dan Mathan Moohan,33, menaiki van jenis Daihatsu.

Katanya, siasatan awal mendapati warga emas itu datang dari arah Simpang Renggam ke Kulai manakala Mathan dari arah bertentangan.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan dipandu warga emas itu dikatakan hilang kawalan menyebabkannya memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, Mathan yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan berlaku pertembungan,” katanya melalui kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI