fbpx

Kerjasama NUTP, Andalusia tawar pakej umrah berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada ahli NUTP yang menyertai program umrah bersama Andalusia di KLIA Terminal 1 tadi. Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Golongan pendidik kini berpeluang menikmati penawaran pakej umrah dengan harga berpatutan iaitu sekitar RM8,652 bagi mengerjakan ibadat itu pada musim cuti sekolah berbanding harga biasa yang ditawarkan iaitu melebihi RM10,000.

Pakej itu ditawarkan menerusi kerjasama strategik dilaksanakan antara Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) di mana seramai 71 pendidik menjadi kumpulan pertama ke Tanah Suci hari ini.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama dengan kesatuan pekerja seperti NUTP untuk bekerjasama dengan Andalusia bagi mendapatkan harga istimewa mengerjakan umrah.

“Kerjasama kali ini antara Andalusia dan NUTP di mana kesatuan itu mempunyai kira-kira 243,000 ahli dan 180,000 orang daripadanya beragama Islam.

“Jika mereka sertai kita, ahli kesatuan itu boleh merancang memilih tarikh dimahukan mengikut perjanjian dan boleh pergi secara berkumpulan, seterusnya mudah untuk dikawal.

“Kita akan bagi hotel terbaik selain memberi jaminan layanan serta makan dan minum adalah bagus. Kita mungkin tidak berikan hotel empat atau lima bintang, tetapi hotel tiga bintang yang bagus selain menawarkan menu makanan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penghantaran kumpulan pertama NUTP ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di sini tadi.

Mengulas lanjut, Md. Daud berkata, menerusi kerjasama dengan NUTP itu juga, kedua-dua pihak merancang menarik minat lebih ramai pendidik bagi mengikuti pakej berkenaan.

“Untuk kumpulan pertama, ia disertai seramai 71 orang pendidik kerana di peringkat awal masih ramai tidak mengetahui tentang pakej itu. Kita akan bagi maklumat kepada negeri selepas ini supaya lebih ramai akan sertainya.

“Kita merancang pada Januari 2025 untuk menyewa sebuah kapal dan membawa semua ahli NUTP untuk terbang terus ke sana di mana ia disifatkan lebih mudah dan selesa,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang turut menyeru golongan pendidik menyertai pakej umrah yang dijalankan bersama Andalusia selepas pihaknya merancang mengadakan siri kedua pada Januari 2025.

“Siri berikutnya program ini kita jangkakan pada Januari 2025 selepas meneliti takwin persekolahan yang mana cuti sekolah ketika itu lebih panjang.

“Menariknya, melalui pakej ini, kita dapat harga lebih murah berbanding di luar memandangkan ada agensi menawarkan sehingga RM10,000.

“Bagaimanapun, kita mendapat kadar harga sekitar RM8,000 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan ia disifatkan murah berbanding pakej luar yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI