fbpx

Belasah kekasih dengan kerusi plastik, besi hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLUANG – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas dilaporkan membelasah teman wanitanya hingga parah di Sri Lalang di sini, 10 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah kira-kira pukul 11 malam.

Menurut Bahrin, berikutan kejadian itu, seorang wanita berusia 36 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

“Lelaki berkenaan membelasah teman wanitanya menggunakan kerusi plastik dan batang besi,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

SEORANG lelaki warga Myanmar berjaya ditahan selepas membelasah teman wanitanya hingga parah di sebuah rumah dalam kebun sayur di Sri Lalang, Kluang.

Menurut Bahrin lagi, susulan daripada kejadian itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun berjaya ditahan pada pukul 9.30 pagi 13 Disember bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama enam hari sehingga 19 Disember ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI