fbpx

Malaysia-Jepun umum naik taraf hubungan diplomatik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bertemu rakan sejawatnya Kishida pada Mesyuarat Dua Hala di antara Malaysia dan Jepun. - Foto Wisma Putra

PUTRAJAYA – Malaysia-Jepun mengumumkan penaiktarafan hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada ‘Perkongsian Strategik’ kepada ‘Perkongsian Strategik Komprehensif’ yang akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kata sepakat itu diraih ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia semasa Mesyuarat Dua Hala di antara Malaysia dan Jepun bersama rakan sejawatnya Fumio Kishida.

Kata kenyataan itu, antara bidang kerjasama itu melibatkan ekonomi, keselamatan dan keamanan, sains, teknologi, inovasi dan persekitaran serta kemasyarakatan dan pertukaran budaya dan sebagainya.

“Kedua-dua Perdana Menteri juga telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama di antara Malaysia dan Jepun, iaitu Exchange of Notes of the Official Security Assistance (OSA) Grant Aid di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Jepun.

“Serta majlis pertukaran Memorandum of Cooperation on Space Development and Application di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA),” kata kenyataan itu hari ini.

Anwar kini berada di Jepun untuk lawatan selama tiga hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan bersempena Ulang Tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama di antara ASEAN dan Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI