fbpx

KPM tawar kaunseling kepada keluarga Muhammad Zaharif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga dari kiri) merasmikan Program Rintis Steam dan Makmal Steam di SJKC Yok Eng di Sungai Udang, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie,17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret kereta Perodua Ativa di Jalan Taman Jati, dekat Meru, Ipoh, semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa Muhammad Zharif dan berharap siasatan oleh pihak dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kita akan bantu sekiranya khidmat sokongan diperlukan oleh keluarga Allahyarham.

“Dalam konteks JPM, kita menawarkan sokongan dari segi kaunseling kepada keluarga Allahyarham khususnya kerana tragedi ini saya fikir agak menyayat hati.

“Selain itu, ada anak-anak (pelajar) lain yang berada di lokasi dan turut melihat kejadian terbabit, maka kita akan bantu (kaunseling) bagi mereka yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Rintis Steam dan Makmal Steam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng di Sungai Udang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Wah mewakili KPM dijangka menziarahi keluarga mangsa, petang ini.

Media semalam melaporkan, Muhammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal jenis Yamaha maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek yang juga pegawai kanan polis berusia 44 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI