fbpx

Banjir Terengganu merebak ke Dungun, Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak mendayung sampan di celah-celah pokok kelapa sawit setelah rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu. - GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak hari ini kepada 1,182 orang daripada 299 keluarga.

Selain Hulu Terengganu dan Setiu, dua daerah terbaharu terjejas banjir ialah Dungun dan Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di empat daerah tersebut.

“Dungun menjadi daerah paling terjejas teruk dengan 551 orang daripada 120 keluarga yang berada di sembilan PPS.

“Seramai 433 orang daripada 135 keluarga pula berlindung di lapan PPS di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, sebanyak tiga PPS yang menempatkan 193 mangsa daripada 43 keluarga telah diaktifkan di Kemaman.

Tambah beliau, Setiu pula semakin pulih dengan hanya lima sekeluarga berada di PPS Kampung Besut.

“Hujan masih turun di sebahagian kawasan di negeri ini dan pemindahan mangsa banjir dijangka meningkat hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI