fbpx

K2

Persoalan mengenai nazar al-lajaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAFFARAH nazar al-lajaj adalah memadai sekadar niat ketika pembayaran tanpa perlu dilafazkan. – Gambar hiasan

Saya ingin bertanya sekiranya seseorang melakukan nazar al-lajaj yang berupa sumpah untuk membayar kaffarah nazar tersebut, adakah perlu memilih sama ada untuk membayar kafarah nazar atau kaffarah sumpah? Adakah pembayaran kaffarah memerlukan lafaz atau hanya sekadar niat?

JAWAPAN: Takrif nazar pada sudut bahasa adalah satu janji untuk melakukan kebaikan atau keburukan.

Menurut istilah syarak pula, nazar adalah mewajibkan sesuatu perbuatan yang asalnya tidak wajib untuk mendekatkan dirinya kepada Allah.

Syeikh Zainuddin al-Malibari mendatangkan takrif yang lebih tepat dan padat, beliau berkata;

Nazar merupakan satu ucapan seorang Muslim mukallaf lagi cerdik yang mewajibkan ke atas dirinya untuk melakukan kebaikan yang asalnya tidak wajib secara ‘aini, sama ada ia amalan sunat atau fardu kifayah.

Para ulama tidak sependapat tentang hukum nazar.

Ada yang berpendapat bahawa bernazar itu merupakan satu ibadah dan ada pula golongan ulama yang menghukumkan nazar itu sebagai makruh.

Namun, apabila seseorang telah bernazar untuk melakukan ibadah atau qurbah, maka menjadi kewajipan ke atasnya untuk menunaikan nazar tersebut.

Para ulama yang menghukum makruh bernazar, mereka berpandukan hadis berikut.

Golongan kedua pula berpendapat bahawa nazar itu adalah satu ibadah yang dikira sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ia sebagai wasilah untuk berbuat kebaikan iaitu tujuan sebenar daripada amalan bernazar adalah untuk melakukan kebaikan seperti bersedekah, berpuasa dan sebagainya.

Justeru, wasilah juga dikira sebagai amalan baik kerana ia menjadi jambatan untuk melakukan amalan kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Kenyataan ini berdasarkan kaedah: Segala perantaraan itu seperti hukum maqasid (segala tujuan)

Antara petanda amalan nazar itu adalah satu ibadah dan amalan yang baik di sisi Allah SWT ialah pembalasan yang baik.

Sedangkan amalan yang makruh adalah satu amalan yang tidak disukai Allah SWT dan tidak akan mendapat ganjaran baik dari sisi-Nya.

Berkata al-Qadhi ‘Iyadh; diganjarkan kepada mereka yang menunaikan nazar seperti ganjaran melakukan amalan wajib.

Allah SWT berfirman: “Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (membalasnya).” [Surah al-Baqarah: 270]

Nazar dari sudut dikenakan kifarat atau sebaliknya adalah berpandukan situasi berikut: Pertama, nazar tabarrur adalah bernazar untuk melakukan kebaikan, sama ada dalam bentuk nazar muzajah atau nazar mutlak.

Nazar mujazah yang ditakrifkan sebagai seseorang mewajibkan ke atas dirinya untuk melakukan kebaikan sebagai balasan kerana mendapat sesuatu nikmat.

Nazar mutlak iaitu bernazar untuk melakukan kebaikan tanpa dikaitkan dengan sesuatu peristiwa.

Dua bentuk nazar tabarrur mestilah dilaksanakan serta tidak diserupakan dengan hukum sumpah, maka tidak boleh dibayar kifarat atas alasan untuk tidak melakukannya [Lihat I’anat al-Talibin, jld. 2, hlm. 407, Bidayah al-Muhtaj, jld.4, hlm. 423]

Kedua, nazar al-lajaj atau ghadhab iaitu bernazar atas tujuan menghalang diri daripada melakukan sesuatu.

Kaffarah nazar al-lajaj adalah sama dengan kaffarah sumpah dan memadai sekadar niat ketika melakukan pembayaran tanpa perlu dilafazkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI