fbpx

Pelajar aliran agama perlu manfaatkan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF Yusoh (enam dari kiri) menyampaikan sijil kepada pelajar khatam al-Quran pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka. -foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Pelajar daripada aliran agama perlu memanfaatkan jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan kelak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang TVET bukan lagi pilihan kedua untuk menyambung pelajaran.

Kata beliau, graduan di dalam aliran TVET kini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi tenaga mahir dalam pelbagai bidang yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan yang lebih baik.

“Sebaik dilantik sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara saya telah menaik taraf pendidikan TVET dengan mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri.

“Kita juga telah berjaya mewujud sistem permohonan TVET baharu yang dikenali sebagai UP_TVET yang berfungsi seperti mana portal pengambilan pelajar Unit Pusat Universiti (UPU).

“Dalam masa yang singkat portal ini berjaya mencatatkan rekod permohonan pelajar mengikuti aliran TVET seramai 62,000 orang daripada hanya 15,000 penawaran, jadi kalau ada pelajar di sini ingin memohon aliran TVET ia sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI