fbpx

MAMPU di bawah kendalian Kementerian Digital – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Setia Perdana hari ini.

PUTRAJAYA – Menteri Digital, Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah kementeriannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau ketika mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana hari ini.

Katanya, sebelum ini MAMPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“MAMPU pastinya di bawah kementerian saya,” katanya pagi tadi.

Jelasnya, masih terlalu awal baginya memperjelaskan skop yang perlu beliau kendalikan dan ia sedang diperhalusi.

“Kementerian ini baharu, bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi,” ujarnya.

Gobind juga memaklumkan satu sidang akhbar akan diadakan oleh beliau bagi memberi penjelasan serta peranan kementeriannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI