fbpx

Keluarga buntu bawa balik mayat Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua Orang Asli semalam buntu untuk membawa pulang mayat ahli keluarga ke kampung halaman.

LIPIS – Dua orang penduduk Orang Asli Kampung Lenjang dan Kampung Sinderut, pedalaman Ulu Jelai ‘gagal’ membawa pulang mayat ahli keluarga ke kampung untuk disemadikan berikutan tiada kenderaan disediakan pihak berwajib.

Difahamkan, kedua-dua mayat berkenaan masih berada di Unit Forensik Hospital Lipis sejak semalam setelah disahkan oleh pegawai perubatan meninggal dunia dipercayai jangkitan kuman dan Covid-19.

Masalah itu timbul kerana ketiadaan kenderaan milik agensi kerajaan yang bertanggungjawab hal ehwal Orang Asli rosak dan tersadai.

Seorang ahli keluarga Kampung Sinderut, Amri A/L Bah Jong, 24, berkata, dia masih menunggu kenderaan untuk membawa mendiang isterinya, ErraFazira A/P Hamzah.

Jelas Amri, isterinya berusia 27 tahun meninggal dunia dipercayai jangkitan kuman untuk dibawa pulang bagi membolehkan disemadikan di kampung halaman sejauh 170 kilometer dari hospital itu.

“Saya sudah tiga hari di sini menunggu isteri sakit dan kemudiannya meninggal dunia awal pagi hari ini sehingga kehabisan wang belanja.

“Mayat isteri saya sudah dibenarkan dibawa pulang oleh pihak hospital, tetapi macam mana .. tiada kenderaan untuk ke Kampung Sinderut. Saya menghubungi pihak berwajib, tetapi gagal,” katanya di Hospital Lipis di sini hari ini.

Menurut Amri, dia buntu untuk meminta pertolongan kepada sesiapa lagi serta langsung ketiadaan wang sedangkan mayat isterinya perlu disemadikan segera mengikut adat kaum tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI