fbpx

Dewan Negara: RM92.6 juta bayaran upah jahit seragam KKM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM92.6 juta telah dibayar bagi bayaran upah ahit bagi pakaian seragam staf Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga November 2023.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM juga telah memaklumkan kepada syarikat untuk menyegerakan pembekalan kain pakaian seragam bagi tahun ini supaya urusan pembayaran Bayaran Upah Jahit dapat dibuat pada akhir tahun ini.

“Namun begitu, sekiranya didapati pihak syarikat gagal memenuhi obligasi kontrak iaitu lewat membekalkan kain pakaian seragam, selaras dengan ketetapan kontrak, Kementerian Kesihatan boleh mengenakan penalti kepada pihak syarikat,” katanya ketika di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr. A. Lingeshwaran yang meminta KKM menyatakan bilangan staf dan fasiliti KKM yang masih belum menerima Bantuan Upah Jahit serta perancangan Kementerian untuk memastikan semua staf yang layak dapat menuntut bantuan tersebut dalam tahun ini.

Sementara itu, Lukanisman berkata, pengurusan pakaian seragam KKM diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan (WP2.3) – Peraturan Bekalan Pakaian Seragam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

“Urusan perolehan pakaian seragam yang melibatkan pembekalan kain ini telah pun dimuktamadkan dan tempoh kontrak yang diberikan kepada pihak syarikat yang berjaya adalah selama 29 bulan bermula dari 1 Ogos 2023 hingga 31 Disember 2025.

“Mulai tarikh kuat kuasa kontrak tersebut, pihak syarikat bertanggungjawab untuk membekalkan kain pakaian seragam berdasarkan permohonan pegawai melalui pusat tanggungjawab masing-masing,” ujarnya.

Katanya, pegawai yang telah menerima kain pakaian seragam yang lengkap boleh menuntut dan dibayar Bantuan Upah Jahit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI