fbpx

[VIDEO] Langgar motosikal dinaiki empat beranak, pemandu trak pikap ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pemandu trak pikap melanggar motosikal yang ditunggang empat beranak, di Lebuh Raya Besraya berhampiran persimpangan Puchong, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu pacuan empat roda yang memandu melulu sebelum melanggar empat sekeluarga menunggang motosikal di Lebuh Raya Besraya berhampiran persimpangan Puchong, di sini, ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian yang berlaku semalam telah menyebabkan penunggang motosikal dan anaknya cedera.

Katanya, sebelum ini pihaknya terkesan rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kejadian terbabit yang tular di media sosial.

“Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berusia 21 tahun.

“Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, kedua-dua pihak membuat laporan polis mengenai kemalangan dan susulan itu pihaknya menahan pemandu Ford Ranger untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI