fbpx

Nekad Manchester United kembali semula ke UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan kekalahan menentang Bayern sekali gus meranapkan harapan mereka untuk mara. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag menggesa para pemainnya kembali bangkit untuk mendapatkan slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas tersingkir daripada saingan tersebut musim ini.

Kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich pada aksi terakhir awal pagi tadi menyaksikan harapan The Red Devils untuk mara berkubur selepas Kingsley Coman meledak gol tunggal perlawanan sekali gus menyaksikan United mengakhiri saingan di kedudukan tercorot Kumpulan A Liga Juara-Juara (UCL).

Keputusan itu juga menyaksikan United terpaksa melupakan aksi pentas Eropah apabila mereka juga tidak layak beraksi dalam saingan Liga Europa apabila FC Copenhagen mara ke pusingan 16 terbaik, manakala Galatasaray meraih slot ke saingan kelas kedua Eropah itu.

Tiupan wisel penamat disambut ejekan oleh para peminat United di Old Trafford apabila mereka merakam kekalahan ketujuh musim ini di tempat sendiri, malah mereka merekodkan 12 kekalahan untuk semua kejohanan musim ini dalam 23 aksi yang dilalui.

“Masih ada banyak lagi aksi yang perlu kami lalui. Fokus kami ketika ini adalah aksi Liga Perdana Inggeris. UCL adalah kejohanan yang kami sentiasa ingin sertai, jadi kami perlu memberikan sepenuh kesungguhan untuk mendapatkan kedudukan kelompok empat terbaik EPL dan kembali lagi ke sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI