fbpx
Gambar hiasan

Malu rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru katanya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempelajarinya.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kejadian seorang pegawai Jabatan Imigresen Johor ‘mengherdik’ anak seorang wanita yang memberi jawapan dalam bahasa Inggeris.

Wanita dan anak perempuannya kemudian membuat penjelasan bahawa mereka tinggal dan belajar di Singapura sejak kecil menyebabkan kedua-duanya tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Penerima Anugerah Akademik Negara (Seni dan Kreativiti) pada 2019 yang kini merupakan pensyarah kanan Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Profesor Madya Dr. Mawar Safei berkata, beliau pernah belajar peringkat doktor falsafah (phd) di Nanyang Technological University, Singapura.

“Jadi, isu kita belajar di Singapura bukannya sesuatu perkara pokok dalam perkara ini. Ini kerana di Singapura, penutur (bahasa Melayu) sangat diasuh untuk bercakap dalam bahasa Melayu yang bagus, fasih dan lancar,” katanya.

Mawar berkata, kenyataan individu itu yang mengaitkan dirinya belajar di Singapura dan ketika berada di Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu adalah sangat menjengkelkan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Dr. Rohaidah Haron pula menyatakan rakyat Malaysia sepatutnya berasa malu jika mereka masih lagi tidak fasih berbahasa Melayu.

“Mereka yang tidak fasih ini wajar dikenakan tindakan sama se­perti kesalahan lain yang termaktub dalam undang-undang.

“Sesuatu yang amat janggal, jika mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi gagal bertutur dan gagal menguasai bahasa kebangsaan kita dengan baik.

“Sememangnya mereka perlu ‘membayar’ untuk mempelajari bahasa Melayu dengan fasih kerana bahasa kebangsaan sa­ngat bernilai bagi sebuah negara bangsa yang berdaulat.

“Apa yang dapat saya katakan, segelintir golongan ini amat jelas mereka tidak mempunyai semangat dan jati diri yang ampuh,” ujarnya.

Menurutnya, tiada istilah yang tepat bagi menggambarkan ge­nerasi atau warga tempatan yang tidak fasih berbahasa Melayu.

“Mereka ini telah dididik dengan bahasa Inggeris oleh ibu bapa sejak kecil malah ada segelintir masyarakat dilihat lebih Inggeris daripada orang Inggeris sendiri.

“Selain itu, faktor pekerjaan dan pendidikan yang menguta­makan bahasa Inggeris juga menjadi penyebab bahasa Melayu tidak diutamakan, khususnya generasi muda dan golongan profesional yang menetap di bandar besar.

Jelasnya, rakyat Malaysia mempunyai pilihan sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu jika berurusan di restoran-restoran ala Barat, bank atau majlis korporat di negara ini.

“Tetapi, mereka lebih suka menggunakan bahasa Inggeris kerana dianggap berprestij, me­lambangkan masyarakat moden dan megah.

“Persepsi bahasa Melayu kurang bernilai komersial, tidak ‘class’, tidak melambangkan pendidikan tinggi masih kuat membelenggu segelintir pemikiran rakyat Malaysia sedangkan bahasa Melayu adalah antara bahasa yang mempunyai jumlah penutur teramai di dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN