fbpx

Kutipan zakat PPZ MAIWP cecah RM788 juta, sasar RM1 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz bergambar bergambar kesemua 21 wakil penyumbang zakat perniagaan pada Majlis Zakat Korporat 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip RM788 juta zakat sehingga hari ini.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, dengan jumlah kutipan semasa itu, pihaknya optimis untuk mencapai sasaran kutipan sebanyak RM1 bilion menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, berbaki 17 hari lagi sebelum tahun baharu, semua pasukan dalam PPZ-MAIWP akan menggandakan usaha bagi mencapai kutipan kira-kira RM212 juta lagi.

“Cuti (kakitangan PPZ-MAIWP) pun sudah dibekukan supaya semua pasukan kutipan dapat bergerak siang dan malam supaya untuk mencapai sasaran RM1 bilion ini.

“Sebab ini janji kita kepada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang akan berangkat balik ke negeri Pahang selepas ini. Untuk makluman Baginda juga telah menunaikan zakat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Zakat Korporat 2023 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 21 buah syarikat telah menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada PPZ-MAIWP dengan jumlah RM16.1 juta.

Antara penyumbang pada majlis tersebut adalah termasuk Amanah Raya Berhad yang menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM3.07 juta, UDA Holding Berhad RM1.25 juta dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) RM1 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI