fbpx

Dua rakan ditahan bantu siasatan kes akauntan dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat akauantan tersebut.

KUALA LUMPUR – Dua orang lelaki yang juga rakan terdekat seorang akauntan yang dibunuh dengan kejam di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini, ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan tersebut dilakukan di kawasan ibu negara dan Selangor, semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘multiple blunt force trauma’ pada seluruh tubuh badan si mati.

“Setakat ini dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun yang juga rakan mangsa ditangkap bagi membantu siasatan. Tempat kejadian pembunuhan serta motif masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan telah ditahan reman bermula hari ini sehingga Isnin hadapan.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan mayat seorang lelaki tempatan yang juga akauntan ditemui tidak berpakaian di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini.

Zam Halim dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 6 pagi.

Menurut beliau, hasil siasatan di lokasi, kita menjumpai mayat lelaki dalam keadaan tidak berpakaian serta berkedudukan meniarap di tepi jalan selain mayat tersebut didapati mengalami beberapa kecederaan di badan.

Tambah beliau, semasa mayat dijumpai tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama atau berhampiran si mati.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI