fbpx

5 mayat reput ditemui di kampus universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui beberapa mayat di salah satu tingkat UPRI, Isnin lalu. - Foto Tribun-Medan.com

MEDAN – Polis menemui lima mayat tanpa identiti di Universiti Primna Indonesia (UNPRI), Kota Medan, Sumatera Utara selepas melakukan penggeledahan di kampus berkenaan, lapor saluran berita CNN Indonesia semalam.

Ketua polis tempatan, Teuku Fathir Mustafa berkata, pihaknya menemui empat mayat lelaki dan satu mayat wanita dan pihaknya sedang melakukan siasatan mendalam tentang penemuan tersebut.

“Mayat-mayat ditemukan di salah satu tingkat  (universiti itu),” katanya

Sebelum ini, tular rakaman video yang menunjukkan tempat mayat-mayat itu ditemui di UNPRI dalam media sosial.

Selepas rakaman video itu tersebar anggota-anggota polis datang ke UPRI pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun, kedatangan anggota-anggota polis itu pada mulanya ditolak oleh pihak pengurusan universiti tersebut. 

Dalam pada itu, mayat-mayat yang ditemui itu kemungkinan untuk pembelajaran para pelajar jurusan kedoktoran di UNPRI.

Timbalan Dekan Fakulti Kedoktoran UNPRI, Kolonel Purn Susanto pula berkata, sebenarnya tidak ada kes pembunuhan berlaku di dalam kampus itu, lapor portal berita Kumparan News.

Beliau berkata, jika berlaku kes pembunuhan di kampus itu, beliau merupakan individu yang pertama akan melaporkan kepada pihak berkuasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI