fbpx

Liga Turki digantung ekoran serang pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOCA (dua dari kiri) bertindak masuk ke padang dan menumbuk pengadil perlawanan ketika Ankaragucu bolos pada hujung permainan menentang Rizespor awal pagi semalam. - AFP

ISTANBUL – Saingan Super Lig Turki terpaksa digantung selepas seorang pengadil diserang dan ditumbuk oleh seorang presiden kelab bola sepak dalam satu aksi awal pagi semalam.

Presiden kelab MKE Ankaragucu, Faruk Koca bertindak masuk ke padang dan menumbuk muka pengadil perlawanan, Halil Umut Meler ketika pasukannya bolos pada minit ke-97 menentang Caykur Rizespor yang berkesudahan aksi terikat 1-1 di Stadium Eryaman.

“Kesemua aksi dalam saingan Super Lig Turki digantung buat sementara. Serangan yang dilakukan kali ini sangat memalukan warga bola sepak di negara ini,” kata Pengerusi Persatuan Bola Sepak Turki, Mehmet Buyukeksi.

Kejadian itu menyebabkan berlaku pergelutan apabila melibatkan beberapa lagi individu yang turut menyerang Meler yang menanggung kesakitan apabila menerima beberapa tumbukan dan terjatuh selain dipercayai berdepan kemungkinan beberapa anggota badan yang patah.

Insiden tersebut juga menarik perhatian Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengakui terkejut dan mengecam tindakan tersebut yang dilakukan oleh Koca.

“Saya mengutuk keras kejadin yang menimpa Halil Umut Meler dan saya berharap beliau akan segera sembuh. Sukan adalah untuk keamanan dan silaturahim. Kita tidak akan membenarkan keganasan tumbuh dalam arena sukan di Turki,” jelasnya.

Dalam pada itu, Buyukeksi mengakui kelab Ankaragucu akan menanggung padah besar berikutan insiden tersebut, namun pihaknya masih dalam perbincangan mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan terhadap Koca dan kelab berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI