fbpx

Bayi dalam usus wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANIN (dalam bulatan) ditemui terdapat dalam usus seorang wanita muda dari Pulau Reunion. - Foto news.com.au

PARIS – Seorang wanita yang mengalami kembung perut  melampau terkejut apabila mengetahui bahawa dia hamil selama 23 minggu dan  janin hidup berada dalam ususnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wanita  berusia 37 tahun itu berasal dari Pulau Reunion yang terletak di tengah Lautan Hindi. Dia datang ke Perancis untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kembung dan sakit perut selama 10 hari.

Kes pelik itu didedahkan dalam jurnal perubatan, New England Journal of Medicine.

Ujian perubatan termasuk imbasan mendapati terdapat janin manusia  di ruang antara perut dan ususnya.

Dikenali sebagai kehamilan ektopik, ia membawa maut kepada hampir semua bayi yang berada dalam kedudukan tersebut.

Namun, dalam kes terbaharu itu, doktor-doktor berjaya membantu pesakit melahirkan bayinya  pada minggu ke-29, manakala tiga bulan kemudian, kedua-dua ibu dan anak dibenarkan meninggalkan hospital.

Kurang dua peratus kehamilan di Amerika Syarikat (AS) adalah ektopik dan kira-kira satu dalam setiap 30,000 kehamilan berlaku di dalam perut dengan risiko kematian janin adalah setinggi 90 peratus.

Wanita itu terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi selepas bersalin bagi membolehkan doktor mengeluarkan sisa plasenta dari dalam perutnya. Pesakit itu telah mempunyai dua orang anak dan pernah mengalami keguguran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI