fbpx

Anak terpaksa gadai emas, bapa lupa diri lepas kahwin baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian wanita tersebut di media sosial

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila bapanya tidak mempedulikannya lagi setelah berkahwin lain.

Lebih menyedihkan, dia diminta bapanya untuk dibelikan cincin emas sebagai hadiah perkahwinan buat isteri baharu.

Disebabkan kasih seorang anak, wanita itu memaklumkan dia terpaksa menggadaikan rantai emas kesayangannya untuk membeli cincin nikah tersebut dan lebihan wang gadaian diberikan bagi menampung kos perkahwinan bapanya.

“Bapa nak kahwin baru, jadi dia pinjam duit dengan aku. Masa ini dia tak kerja tapi dia masuk geng tabligh.

“Aku tak ada duit nak beli cincin kahwin dia jadi aku terpaksa gadai rantai emas aku.

“Cantikkan rantai emas aku? Sekarang hanya tinggal kenangan,” katanya menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Menurut wanita itu lagi, bapanya berjanji akan membayar semula wangnya selepas berkahwin namun sehingga kini masih gagal melunaskan sejumlah hutang berkenaan dan turut bertindak mendiamkan diri.

“Duit majlis kahwin semua pakai duit aku sebab aku tak sanggup tengok bapa hidup susah. Dia janji dia kerja nanti dia akan bayar balik tapi sampai sekarang dia diam, mesej tak balas, telefon tak angkat.

“Sampai hati abah, buat saya macam ni. Saya anak kandung abah tau bukan anak tiri, saya sampai masuk hospital abah langsung tak peduli sikit pun tak tanya khabar lepas abah kahwin baru.

“Hari-hari aku fikir kenapa dia buat aku macam ini sampai berat badan aku mendadak turun 10kg. Semoga pintu hati abah terbuka untuk bayar balik duit. Abah sakit saya akan jaga, jangan risau,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI