fbpx

Setahun Mindef bersama Kerajaan Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha, Datuk Seri Isham Ishak bergambar bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak pameran Mindef.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) turut mengambil bahagian dalam program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani yang diadakan selama tiga hari bermula 8 Disember hingga semalam bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini.

Penglibatan Mindef bertujuan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kementerian itu kepada rakyat di samping meningkatkan kesedaran umum serta kefahaman terhadap hala tuju Mindef yang sebenar di bawah pimpinan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir melawat tapak pameran Kementerian Pertahanan (Mindef) di SNBJ.

Istimewa buat pengunjung program tersebut, Mindef menawarkan beberapa tarikan utama terutama memberi peluang kepada rakyat merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan pembawa senjata, kenderaan tempur berperisai dan motosikal berkuasa tinggi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, Mindef turut menyediakan ruang pameran yang bukan sahaja mempamerkan senjata tempur yang diguna pakai oleh ATM, malah pengunjung boleh memegang sendiri aset tersebut.

Mohamad Hasan memberi sumbangan bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi kepada anak warga ATM.

Di samping itu, diadakan juga tayangan filem Malbatt: Misi Bakara secara percuma kepada pengunjung dalam menyampaikan mesej tentang pengorbanan dan tugas seorang ATM.

Dalam program sama, veteran ATM juga diberi tumpuan dengan penyediaan kaunter perkhidmatan veteran yang membolehkan golongan tersebut mendaftar sebagai ahli di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk mengetahui segala maklumat serta program yang disediakan untuk mereka.

Bantuan persekolahan turut diberi sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Bagi anak muda, Mindef menyediakan reruai kerjaya untuk golongan pencari kerja mendapatkan informasi terkini berkaitan pengambilan ATM selain mendedahkan kelebihan bertugas dalam unit beruniform.

Anggota ATM yang mengambil bahagian dalam program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Mohamad Hasan dan Isham di SNBJ semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Mindef, Datin Roszanina Wahab mencuba aset yang dipamerkan di tapak Mindef.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI