fbpx

Rosol nafi umum sokong Perdana Menteri esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol.

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menafikan desas-desus kononnya beliau akan mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa terdekat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, penyebaran dakwaan tersebut di aplikasi WhatsApp adalah palsu dan berniat jahat.

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikan (menyokong Perdana Menteri) kepada mana-mana pihak.

“Penyebaran berita palsu itu berniat jahat dan satu tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk menggugat kesepaduan parti dan menjatuhkan imej Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular berita kononnya beliau akan mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar pada esok.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen PN telah mengisytiharkan sokongan demikian baru-baru ini.

Rosol berkata, pendiriannya teguh untuk
kekal taat setia bersama Ahli Parlimen PN lain.

Jelasnya, beliau tetap menjunjung nilai kebersamaan dan kesepaduan dalam perjuangan Bersatu dan PN.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau melakukan tindakan tidak bertanggungjawab menularkan berita palsu seperti ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.