fbpx

Perak, pakar Belgium bangunkan industri maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyaksikan sesi menandatangani Perjanjian Pemegang Saham Lumic di antara PoABI dan PKNPk di Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

IPOH – Perak dan syarikat Belgium, Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) menjalinkan kerjasama untuk menilai potensi industri maritim di Malaysia, yang sekaligus memberi manfaat kepada pembangunan bandar Lumut.

Kerjasama itu dijalinkan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) hasil pemberian geran oleh Kesatuan Eropah (EU) bernilai 1.9 juta euro (RM9.6 juta).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, geran tersebut akan digunakan untuk menjalankan kajian terhadap daya tarikan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan maritim merangkumi Lumut yang sedang dibangunkan oleh negeri itu.

“Kekayaan sumber semulajadi Perak serta ketersediaan infrastruktur ditambah dengan pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

“Selain hubungan yang terjalin dengan PoABI telah menjadikan negeri ini tarikan kepada EU untuk membuat kajian secara komprehensif,” katanya semasa majlis pengumuman geran itu di sini hari ini.

PoABI dimiliki oleh Port of Antwerp, iaitu pelabuhan kedua terbesar Eropah selepas Rotterdam di Belanda yang menguruskan beberapa pelabuhan antarabangsa di Asia Barat, Brazil dan Afrika.

Saarani berkata, kedua-dua pihak akan membentuk syarikat khas, LuMIC DevCo bagi menjalankan usahasama pembangunan dan pengurusan hab perindustrian maritim bersepadu LuMIC di daerah Manjung serta kawasan sekitar di Perak.

Kajian bersama PKNPk dan PoABI yang telah bermula sejak September lalu dijangka mengambil masa selama 18 bulan untuk siap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI