fbpx

Pembunuhan Zayn Rayyan: Misi jejak dalang memasuki hari kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media diminta untuk tidak berada di kawasan blok berkenaan. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6,di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, telah memasuki hari kelima.

Tinjauan Kosmo! di sini mendapati anggota polis bertugas meneruskan siasatan tanpa kehadiran Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, polis hari ini juga mengawal pergerakan keluar masuk di kawasan blok R (rumah Zayn Rayyan) kepada penduduk sekitar serta orang awam.

Setakat ini, pihak media juga diminta untuk tidak berkumpul di lokasi berkenaan bagi memberi laluan anggota menjalankan tugas.

Semalam Kosmo! melaporkan seramai 228 individu telah diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ujian DNA itu melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di apartmen tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan dijalankan melibatkan 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

Pada petang semalam juga, tiga anggota Unit Forensik hadir untuk kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Anggota Forensik dilihat memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa.

Sehubungan itu, ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat bersama-sama anggota terbabit kira-kira pukul 4.15 petang.

Operasi berkenaan selesai sejam kemudian pada pukul 5.15 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI