fbpx

Mayat tanpa identiti ditemui di perairan Pangkor Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa mengambil mayat yang telah reput di perairan Pulau Pangkor, tengah hari tadi. - Foto IHSAN PDRM

LUMUT – Satu mayat tanpa identiti ditemui oleh orang awam di perairan Pangkor Laut, Pulau Pangkor di sini hari ini kira-kira pukul 12.18 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, Balai Polis Pulau Pangkor telah menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan satu mayat tanpa identiti dalam keadaan reput di lokasi berkenaan.

“Pihak polis yang terdiri daripada anggota Balai Polis Pulau Pangkor bersama Polis Marin Kg. Acheh dengan dibantu oleh anggota bomba Pulau Pangkor telah hadir ke tempat kejadian pada pukul 12.50 tengah hari bagi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa yang memakai seluar jeans berwarna biru serta berbaju merah, pihak polis tidak menjumpa sebarang identiti pengenalan diri dan jantina mayat tersebut belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tempoh masa mayat tersebut berada di dalam laut adalah lebih daripada dua minggu berdasarkan keadaannya yang telah reput serta pakaiannya berlumut.

“Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis meminta kepada orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-688 6222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI