fbpx

Konflik Palestin-Israel: 5,000 askar Zionis cedera, 420 mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH askar Israel berada dekat sempadan Gaza kelmarin. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Lebih 5,000 askar Israel dilaporkan cedera di Gaza sejak peperangan dengan Hamas bermula pada 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu semalam yang memetik laporan sebuah akhbar Yahudi.

Secara rasmi, lebih 2,000 askar tentera Rejim Zionis diiktiraf oleh Kementerian Pertahanan Israel sebagai orang kelainan upaya (OKU).

Akhbar harian, Yedioth Ahronoth turut melaporkan bahawa lebih 58 peratus daripada mereka yang cedera mengalami bahaya yang serius melibatkan tangan dan kaki sehingga perlu dipotong.

“Lebih 5,000 askar yang cedera dirawat di hospital-hospital Israel.

“Lebih 2,000 askar pula telah diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan sebagai orang kelainan upaya,” laporan akhbar itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan Israel, Limor Luria berkata, tentera Israel tidak pernah mengalami perkara seperti itu sebelum ini.

“Lebih 58 peratus daripada mereka mengalami kecederaan serius pada tangan dan kaki termasuk (terpaksa) dipotong,” katanya.

Dalam pada itu, tentera Rejim Zionis berkata, sekurang-kurangnya 420 askarnya mati sejak perang di Gaza bermula pada 7 Oktober lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI