fbpx

Kes Danial Akmal masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Danial yang dilaporkan hilang ditemui di sebuah pondok menunggu bas, sekitar Kuala Lumpur, malam kelmarin.

PETALING JAYA – Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14, yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri daripada asrama kerana tidak tahan dibuli.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi Kosmo! memaklumkan, pihaknya masih melakukan siasatan mengenai kes tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, mendakwa, anaknya yang ditemui orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, telah dibuli dengan teruk.

“Ya anak saya dibuli, sekarang dia dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah pada pukul 3 pagi, Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI