fbpx

Keluarga hiba menanti jasad ibu bapa ditikam anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian suami isteri warga emas maut ditikam anak lelaki mereka semalam.

PETALING JAYA – Suasana hiba menyelubungi ahli keluarga di Jalan Penchala Hilir 6, Kampung Sungai Penchala, di sini, setelah mendapat berita duka sepasang suami isteri warga emas maut ditikam bertubi-tubi oleh anak lelaki mereka semalam.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati ahli keluarga menanti di rumah berkenaan susulan kedua-dua mayat warga emas itu masih berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut salah seorang ahli keluarga ketika ditemui, dia tidak pasti bila jasad akan diserahkan kepada keluarga bagi proses pengebumian.

Menurut sumber lain, kedua-dua mangsa berusia 72 dan 82 tahun itu dijangka dikebumikan hari ini namun maklumat terperinci gagal diperolehi kerana masih menanti proses bedah siasat selesai sepenuhnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis mengesahkan pasangan warga emas yang ditemui mati dibunuh di Kampung Sungai Penchala malam semalam, mempunyai beberapa kesan tikaman di seluruh badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, terdapat enam eksibit (barangan kes) yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika menjalankan jenayah tersebut.

Antara eksibit yang ditemui ialah mata pisau, hulu pisau, satu unit helmet, sebuah meja kayu bulat, sebatang kayu, serpihan kayu dan sepasang kasut berwarna hitam dipercayai milik suspek. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI