fbpx

Anak disyaki bunuh ibu bapa ada 9 rekod jenayah dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh kedua ibu bapanya di sebuah kediaman di Jalan Penchala Hilir 6 Sungai Penchala, di sini mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Lebih kejam lagi, polis menemui kedua-dua pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun itu berlumuran darah di ruang tamu ketika tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia 42 tahun itu diberkas oleh anggota yang menjalankan operasi mengesan suspek selepas bertindak melarikan diri di kawasan belukar berhampiran tempat kejadian.

“Polis menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.43 malam daripada orang awam yang memaklumkan terdapat pergaduhan antara seorang lelaki dan ibu bapanya di kediamannya.

“Akibat pergaduhan itu suami isteri berusia 82 dan 72 tahun ditemui terbaring di lantai rumah dipercayai dibunuh akibat ditikam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint), di sini pukul 10.30 malam.

“Susulan tangkapan itu, kes telah selesai dalam tempoh lebih kurang dua jam 40 minit selepas suspek melarikan diri.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI