fbpx

Tiada diskaun saman JPJ Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada diskaun ditawarkan bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani berlangsung hingga esok.

Sekretariat program berkenaan dalam kenyataan berkata, perkhidmatan JPJ yang ditawarkan pada program kali ini adalah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL dan PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV dan L).

“Selain itu, pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian atau perdagangan, pengambilan dokumen CDL dan LKM (diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ) dan pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah sekretariat itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus kecuali saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau dibicara dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, lesen tamat tempoh dan tiada insuran.

“Pembayaran saman hanya boleh dilaksanakan bermula semalam hingga esok di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman jelasnya, dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi tujuan melancarkan proses pembayaran saman.

“Sehubungan dengan itu, semua pihak diminta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung pemberian diskaun saman” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI